PEMBAHASAN TAHLIL DAN KENDURI ARWAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركته.

الحمد لله الذى جعل القواعد الشرعية دليلا ومنهاجا. فلا بد لنا الا باتباعها واتقانها.

والصلاة والسلام على رسول الله  وعلى أله وأصحابه الذين بذلوا نفوسهم وأموالهم لاعلأ كلمة الله هى العليا.

بسم الله الرحمن الرحيم

Ingin saya membawa sedikit maklumat berkenaan dua perkara yang masih jadi perbahasan dan kemuskillan sesetengah Muslimin khususnya ditanah air. Walaupun ianya tidaklah menjadi agenda penting dalam setiap forum , tapi setiap kali dibangkitkan , akan menjadi  perbahasan hangat sebab melibatkan sensitivity masyarakat.

(1) Sampai pahala bacaan dan amalan orang yang hidup kepada yang sudah meninggal.

(2) Kenduri Arwah.

Telah maklum Kenduri Arwah atau dipanggil juga Kenduri Tahlil, Baca Qul Hu, dan berbagai istilah yang di gunakan masyarakat yang menunjukkan makna yang satu. Majlis kenduri bermaksud :diadakan perhimpunan dan tentunya disertakan jamuan makan. Maka Kenduri Arwah atau istilah-istilah yang semakna dengannya , bermaksud majlis tersebut dibuat sebagai amalan sedekah daripada yang hidup ,serta pahalanya didoa’kan kepada yang telah meninggal dunia lantaran disebabkan “Tarahhum” (timbul rasa kasihan belas) daripada yang hidup kepada yang mati. Bentuk sedekah  yang dibuat, samada ianya Bacaan Alquran biasanya bacaan Surah Yaasin, Awal dan Akhir Surah Al Baqarah , Surah Al Ikhlas , Tahlil La ilaha illallah , Selawat dan disudahi dengan Doa’. Doa’ pula semestinya di tujukan dan dimaksudkan kepada Arwah, dengan disebut sejumlah  doa’ yang  bermaksud tujuan amalan tersebut yang telah dibuat sebentar tadi adalah di tujukan (di sedekahkan/dihadiahkan) pahalanya kepada arwah . Maksudnya, samada amalan bersedekah makanan berbentuk jamuan  atau amalan badaniah berbentuk bacaan dan doa’, kedua-dua bentuk amalan tersebut dibuat khusus yang dikaitkan dengan mayyit adalah diistilahkan dengan kenduri arwah disisi masyarakat Nusantara. Perlu juga diingatkan kebiasaannya bukanlah yang dimaksudkan dengan kenduri arwah semata-mata mengadakan jamuan makan-makan  sahaja atau bacaan sahaja tanpa jamuan.  Sekalipun sekali-sekala berlaku juga keadaanya begitu. Ini perlu difahami kerana mereka yang membantah amalan kenduri arwah ini telah terkeliru dalam hujjah mereka dengan semata-mata berdalilkan dalil-dalil larangan mengadakan jamuan dipihak ahli mayyit sebagai larangan yang menyeluruh terhadap sebarang bentuk majlis  yang berkaitan dengan mayyit. Insyallah nanti akan kita bahaskan semua dalil-dalil yang dikemukakan oleh pembantah amalan ini dan jawapannya, Insyallah Ta’ala.

Sejarah awal timbulnya amalan ini dalam bentuk yang tersusun rapi begitu , tidaklah dapat dipastikan dengan tepat bila tarikhnya bermula.Yang pasti , ianya memang  amalan yang sudah diwarisi zaman berzaman. Bukan sahaja masyarakat Islam Melayu saja yang mewarisinya ,terdapat juga masyarakat Islam lain diluar negara khususnya di Negara-negara Arab terdapat juag dikalangan mereka  yang juga mengamalkannya secara tradisi. Jika semua dalil-dalil yang dijumpai dalam perbahasan ini betul dan benar , maka ada kemungkinan amalan ini secara khusus atau amnya telah berlaku semenjak zaman Salaf- Soleh lagi.  Kerana semua dalil-dalil Syariat telah wujud semenjak sebelum wujudnya Zaman Salaf- Soleh. Atau kemungkinan juga masih belum wujud secara tersusun sebegitu lantaran tiada warid yang menjadi Nas secara sorih , tetapi keberadaannya didalam makna Dalil-dalil yang am yang menjadi dasar \ asal yang kuat yang menjadi peganggan seluruh masyarakat Islam khususnya masyarakat Melayu Nusantara sebagai satu amalan yang tidak boleh dipandang ringan jikalau terdapat segelintir orang yang cuba membid’ahkannya,mengharamkan  atau menghukum sebagai sesat.

Saya tidaklah bermaksud membahaskan history acara ini, cuma ingin menjelaskannya disudut pandangan hukum syariat berlandaskan Formula atau Kaedah syariat. Samada menurut dasar-dasar Mazhab 4 atau lain.  Perlunya kepada penjelasan terhadap masalah ini sangatlah terang, terutama semenjak diakhir-akhir ini terdapat golongan yg berusaha sedaya upaya secara  disedari atau tidak , telah menggunakan kemudahan-kemudahan IT, elektronik  serta bahan bercetak penyebar maklumat  untuk membatalkan Mazhab , dan segenap sesuatu yg dibangsakan kepada ulamak adalah sebagai tidak sah untuk dijadikan peganggan amalan. Mereka berusaha mengelirukan orang ramai dengan menghalakan hujjah pembatalan Mazhab dengan  menggunakan kitab-kitab dan bahan rujukan daripada Mazhab sendiri. Seolah-olahnya nyatalah selama ini Orang –orang telah terpedaya oleh perbuatan para Guru dan Kiyai khususnya daripada Pondok dengan dakwaan  sesuatu amalan yang dikatakan dari Mazhab Syafie misalnya , padahalnya bukan. Oleh yang demikian , terpedayalah selama hari ini orang ramai oleh dakwaan Tuan Guru-tuan guru dan Kiyai-kiyai?.

Taktik kotor dan mengelirukan ini biasanya telah digunakan oleh golongan Syiah apabila berhadapan dengan pengikut Ahli Sunnah . Tetapi nampaknya hari ini, ianya telah diciplak pula oleh GAM (gulungan Anti Mazhab).  Hairan juga kita memikirkan golongan yg kontra ini. Mereka berusaha giat membatalkan amalan orang lain dengan berbagai usaha dan helah. Mencari-cari jalan yg boleh digunakan , untuk menaburkan keraguan pada dasar-dasar  Mazhab. Sekalipun pada sisi mereka tidak menzahirkan kenyataan diperbahasan , tetapi itulah dasar perjuangan mereka. Bagi mereka tiada mazhab melainkan Quran dan Hadis. Padahal Quran dan Hadis tak ada pula pernah diTa’rifkan oleh sesiapa pun sebagai MAZHAB. Tak pernah dijumpai dalam buku atau fatwa ulamak  yang menta’rifkan Mazhab sebagai Quran dan Hadis. Tapi itulah kenyataannya penta’rifan mereka. Seketika mereka menggunakan Quran sebagai hujjah. Dikala yang lain  Hadis pula . Kadangkala Hadis Maudhu pun dipakai juga dalam masalah Akidah. Mereka beria-ia membatalkan Fatwa-fatwa ulamak Mazhab yg berdasarkan kelemahan yang hanya disatu  sudut sahaja , mungkin terdapatnya Hadis-hadis Dhoif disisi sebahagian ulamak tapi tidak pula disisi yg lain. Ataupun dhaif disudut sanad tapi telah diterima ummat sebagai amalan , maka sah dijadikan sebagai hujjah. Oleh kerana KEDANGKALAN DAN TIADA LATIHAN YANG SEMPURNA UNTUK MEMBUAT  KEPUTUSAN-KEPUTUSAN SYARIAT  , jadilah mereka hantu-hantu yg merayau-rayau yg mencaci-caci Mazhab. Itulah hal keadaan mereka. Yang sangat-sangat melucukan  mutaakhir ini dan sangat mendukacitakan  apabila mereka cuba  mengelirukan  orang awam , dengan putar belit mereka menggunakan Kitab-kitab ulamak Mazhab yg menjadi rujukan utama dalam Mazhab.  Menggunakan nama Imam Syafie dan sebahagian besar daripada Ulamak muktabar Islam sebagai bahan bukti yg diunjukkan kepada orang awam bahawa PEMUKA MAZHAB sendiri pun tidak berkata atau pernah berfatwa sebagaimana yg diamalkana selama ini?. Mereka bercogankan “Penilaian semula terhadap Fatwa-fatwa ulamak” yang nampak bunyi nya cogan /motto mereka  seperti mantap dan kemas, tetapi setelah diselidiki nyata sebaliknya.    Adakah benar semua dakwaan mereka?. Marilah kita membahas dan mengkajinya dengan fikiran yang terbuka.

Hamba yang faqir : Abd .  Raof  bin  Nurin Al Bahanji Al A’liy.

والله على ما نقول وكيل . ولا حول ولا قوة الا باالله العلى العظيم.

Baca selanjutnya di http://www.untemanis1000.multiply.com

Satu Tanggapan

  1. aslamu alaikum. pak ustaz saya mau tanya.
    apa ada dasar atau sunahnya dalam islam tentang kirim do’a. bila ada hadistnya tolong beri tau. biar tiada keraguan dalam ibadah. terimakasih sebelumnya

Tinggalkan komentar